Short Learning Series Mahir Jahit- Pouch Bag Comel
23 April 2026 | Aktiviti TerkiniPada 22 April 2026, telah berlangsung program siri pembelajaran pendek Kelas Mahir Jahit secara atas talian. Kelas ini berlangsung selama 1 jam, bermula pada jam 10:30 petang sehingga 11:30 pagi di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Program ini berlangsung dengan kerjasama pihak Efflean & REDtone.
Pembelajaran kali ini, peserta mempelajari cara pembuatan pouch bag comel yang boleh menghasilkan pendapatan. Dalam kelas tersebut, peserta belajar step-by-step cara jahit pouch bag comel, teknik mudah & praktikal untuk pembuatan pouch bag comel serta tips jahitan kemas & nampak profesional.
Dengan adanya program pembelajaran sepanjang hayat ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: